Saturday, May 8, 2010

ten

my loved one buat aku sedar apa kehidupan ni sebenarnya. memang kita ramai dalam dunia ni, tapi untuk diri kita hanya kita seorang. yang buat decision nak jadi baik atau jahat, nak jadi kaya atau miskin, pandai atau bodoh, nak kahwin dengan siapa, semuanya kita yang tentukan, bukan orang lain. kalau orang lain yang tentukan mesti kita marah, kan? apa yang kita nak susah susah sangat fikir pasal orang lain yang memang 95% tak contribute apa apa dalam kehidupan kita? memang kita ada kawan, tapi kawan setakat itu saja lah. korang suka ke kalau kawan yang uruskan kehidupan korang, arah buat tu buat ni? tak suka kan?

korang tak perlu rasa apa yang aku rasa, sebab aku tak nak ada deria rasa yang sama dengan korang. aku nak jadi diri aku. biarlah orang nak suka ke tak dengan fahaman aku. ini aku. Tuhan yang berhak marah kalau aku buat salah. bukan orang ramai, bukan korang. sebab aku dah nampak kalau kita sibuk hal orang, orang tak suka. kalau kita sibuk buat hal kita pun orang tak suka jugak. manusia ni tak boleh tengok kesenangan dan kesusahan manusia lain. dan aku admit sedikit sebanyak pun aku ada perasaan yang sama. biarlah orang nak kata apa pun bedah oii, yang tahu pasal hidup kau tu, kau seorang je..

aku mungkin ada banyak lagi fahaman pelik yang korang tak suka dan korang rasa salah. tapi siapa kisah sebab baik buruk kehidupan aku korang tetap akan buat persidangan cakap cakap belakang, kan? dan semua manusia lain pun akan buat macam tu jugak. so, tak perlulah nak self conscious sangat untuk berlakon jadi perfect depan semua orang. tak pun tak perlulah nak jadi hipokrit cakap baik baik tapi kat belakang main dengan ramai lelaki lepas tu tuduh kehidupan orang lain yang sebenarnya tak elok. dan apa masalahnya kalau aku ada seorang BF yang boleh diumpamakan dengan 1000 kawan kawan yang lain? tadahal kan?

p/s: entry ke-10 untuk blog ini memang disediakan untuk merenung masa hadapan. but please, no hope. dan minta maaf agak selfish di situ. well, i am.

p/ss: kalau tak ada usaha, Tuhan takkan tolong.

No comments:

Post a Comment