Thursday, August 11, 2011
hidup tak seperti yang kita mahukan sentiasa. ada waktu di atas, ada waktu di bawah. sekarang aku di bawah. hidung mencecah tanah. aku terfikir, betullah dah sampai waktu aku jatuh. siapa tak sedih bila selama ini kita setia, kita curah kasih sayang sepenuhnya kepada si kekasih akhirnya si dia pergi tinggalkan diri ini terkontang kanting. aku tahu aku degil, aku degil kenapa? sebab aku rindu. sebab aku rindu, sayang. minta maaf kerana rindu. minta maaf kerana memaksa untuk berjumpa kerana rindu. aku tak tahu itu boleh menjadi masalah yang besar hingga menyebabkan hubungan kita putus sebegitu sahaja. minta maaf mukhlis. saya nak awak tahu yang kasih sayang saya untuk awak tak pernah kurang, tak pernah berubah. saya harap awak pun sama. saya harap awak tak akan hilangkan perasaan yang awak berikan kepada saya selama ini. minta maaf mukhlis. saya sayang awak. saya tak nak awak pergi tinggalkan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
haha.kan dah terkene balik.wht goes around comes around.tuhan tu maha adil.baik dibalas baik.lain kali jangan mainkan perasaan orang.hahahaha lawak lawak. sakit kan
ReplyDelete